Tuesday, 10 October 2017

Ebook Urus Akaun Bisnes

Dalam ebook ini saya tertarik dengan tajuk cara untuk mengurangkan cukai pendapatan kerana kerja makan gaji seperti saya ini, setiap awal tahun inilah salah satu perkara yang perlu diberi perhatian.

Dengan tip-tip yang ditulis oleh Wani menjadikan ebook ini lebih menarik dan sangat sesuai bagi mereka yang baru dalam dunia bisnes dan juga yang belum mempunyai akaun bisnes untuk perniagaan mereka. Panduan yang diberikan dapat menjadikan akaun bisnes lebih sistematik dan efisyen.

Dengan gaya penulisan yang tersusun menjadikan urusan urus akaun bisnes ini lebih mudah untuk dilaksanakan.

Ebook Cemerlang UPSR



Bagi saya, Cikgu Mazlina adalah seorang ibu yang sangat cekal dan tabah. Tidak pernah mengenal erti penat lelah  dan terus berusaha demi untuk masa depan anaknya yang mengidap disleksia. Tahniah untuk cikgu Mazlina di atas kejayaan cikgu mendidik Hatim. Ketabahan dan kekuatan cikgu sangat menginspirasikan saya.

Kisah pengalaman cikgu yang digarap dalam ebook ini juga sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mengidap disleksia.

KEEP IT UP